Form Pendaftaran

Jumat, 03 Mei 2013

Mutiara Hikmah 001


Assalamualaikum...

Saiyidina Ali bin Abi Talib ra berkata:

"Amal perbuatan yang sungguh paling berat ada empat: memberi ampunan di saat marah, suka berderma di saat miskin, berbuat iffah (menjaga kemuliaan diri) ketika sendirian dan berkata benar terhadap orang yang ditakuti atau diharapkan jasanya."

Inilah antara amal yang paling berat timbangannya, kerana empat amalan ini begitu susah untuk diamalkan ketika berada di dalam keadaan seperti ini...

1- Bukan mudah untuk memaafkan seseorang ketika sedang marah.

2- Tidaklah mudah untuk menjadi pemurah apabila kita berada dalam keadaan miskin atau tidak mempunyai harta.

3- Tidak semua orang mampu mengawal dirinya ketika sedang bersendirian, iaitu semasa dia sedang berada jauh daripada pandangan manusia yang lain.

4- Tidak semua orang berani menyatakan perkara yang benar kepada pemimpin yang zalim atau orang yang berkuasa yang melakukan maksiat kepada Allah...


Namun....
Sungguhlah beruntung bagi orang yang mampu mengawal nafsu amarahnya, orang yang sanggup mengorbankan keperluan sendiri demi memenuhi keperluan orang lain yang lebih memerlukan, orang yang bersikap ihsan yakni merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya tidak kira dia berada di keramaian atau bersendirian, dan orang yang sentiasa berkata dan menyampaikan perkara yang benar serta tidak takut kepada sesiapa pun melainkan takut kepada Allah SWT semata-mata...

Oleh kerana itulah amalan yang berat ini, berat pula timbangannya disisi Allah... Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayah untuk sentiasa bersabar dalam setiap dugaan dan cabaran daripadaNya... Aamiin...

Wallahualam...


Posted By : Mendalami Tentang Ajaran Agama Islam Dan Sejarah Islam Dimuka Bumi Ini

0 komentar:

Posting Komentar